Persalinan Istimewa




  1. Ilham pereka pakaian pengantin yang pelbagai kadangkala membuatkan bakal mempelai rambang mata untuk memilih persalinan yang bakal digayakan ketika majlis rsepsi. Terdapat pelbagai fesyen dan fabrik yang mampu membuatkan pengantin tampil anggun bergaya di atas pelamin impian. Bagi bakal raja sehari dan ahli keluarga, anda mempunyai banyak pilihan untuk merancang persalinan sama ada dengan menempah, menyewa, dan membuat sendiri tetapi semuanya haruslah dirancang dengan lebih awa.
  2. Berbincang  terlebih dahulu dengan pasangan anda tentang tema pakaian yang akan anda pilih. Elakkan perbezaan pendapat kerana ia akan menghilangkan ' mood' ketika di pelamin nanti. Sebaik-baiknya biarlah anda dan psangan yang menentukan tema pakaian anda dan elakkan campur tangan ahli keluarga kedua-dua belah pihak supaya anda puas dengan pilihan sendiri. 
  3. Jika mahu menempah pakaian pengantin, pastikan anda memilih tukang jahit atau pereka yang anda kenali bagi mengelak pakaian anda tidak siap ataupun sebaliknya. Ambil nama, nombor telefon, dan alamat lengkap tempat anda menempah baju. 
  4. Bakal mempelai yang menyewa pakaian pengantin pastikan anda membuat semakan dengan butik yang anda sewa dua bulan sebelum tarikh majlis agar tidak berlaku busana yang anda pilih dipakai oleh orang lain atau tidak sempat dibersihkan. 
  5. Tidak kira pengantin lelaki atau perempuan, ketahuilah bentuk tubuh anda sebelum membuat pilihan memilih persalinan untuk hari bahagia anda
  6. Jika anda bertubuh gempal, elakkan memilih potongan kebaya pendek atau potongan duyung kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih gempal dari biasa, Pilihlah potongan baju yang agak labuh bagi menampakkan anda lebih tinggi dan ramping. 
  7. Bakal pengantin juga perlu bijak memilih warna busana kerana ia juga perlu bersesuaian dengan warna kulit anda. Jika anda berkulit putih, warna yang garang mungkin membantu menaikkan lagi seri wajah anda. Bagi yang berkulit gelap, lebih manis mengenakan persalinan berona lembut seperti krim, putih, pink lembut, dan warna-warna pastel.
  8. Elakkan warna baju yang dipilih sama dengan warna latar belakang pelamin anda.
  9. Bagi ahli keluarga pula, sebaik-baiknya pilih warna baju yang lain dari persalinan mempelai untuk mengelakkan pengantin tenggelam apabila dikerumuni saudara terdekat. Contohnya jika pengantin mengenakan persalinan bewarna biru, biarlah baju ahli keluarga yang lain bewarna putih. 
  10. Pilih tema baju pengantin anda dan sesuaikan dengan konsep majlis perkahwinan itu sendiri. Contohnya jika konsep pelamin dan dekorasi tempat adalah moden, pastikan anda mengenakan persalinan moden. 
  11. Pastikan bunga tangan dan aksesori yang bakal dipakai juga sesuai dengan tema persalinan anda. 
  12. Buat catatan ringkas tentang tema, warna, jenis fabrik, dan potongan persalinan yang telah dipilih agar anda dapat menyemak dengan pereka dan butik yang anda tempah atau sewa. 

Nak tengok gambar persandingan dan perkahwinan Dr Sheikh Muzaphar? Klik di sini 


Artikel menarik yang lain:

Artikel: 10 lokasi menarik bagi perkahwinan anda
Artikel: Lamarlah wanita dengan cara yang sempurna

    No comments:

    Post a Comment