Lamarlah wanita dengan cara sempurna





Menjadi saat yang indah dan manis untuk dikenang takkala pasangan anda dengan sepenuh jiwa melamar anda dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Seorang wanita selalunya mengharapkan seorang lelaki bertutur dengan sopan dan romantis. Apatah lagi saat lelaki ingin melamarnya menjadi seorang isteri. Kata-kata serta tindakan yang mesra selalu dinanti-nantikan oleh wanita. Tetapi adakalanya seorang lelaki tidak terlalu mengerti tentang keinginan wanita dan seringkali mengabaikannya. Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk melamar pasangan anda dengan cara yang paling baik dan dinanti-nantikan.

1. Persiapkan beberapa kuntum bunga
Bunga mawar merah melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta yang begitu mendalam seorang lelaki kepada kekasihnya. Jika anda benar-benar ingin melamar pasangan anda, pilihan yang paling tepat adalah sekuntum bunga mawar merah, sudah pasti dia sudi menerima 'permintaan' anda itu.

2. Candle light Dinner.
Memilih lokasi atau tempat makan yang romantik merupakan satu perkara yang harus anda fikirkan untuk melamar pasangan anda. Pesan makanan dan minuman kegemaran pasangan anda dan biarkan ruang makan diterangi dengan cahaya lilin sahaja. Begitu romantik bukan? Dan ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengeluarkan sebentuk cincin dan terus melamar kekasih anda.

3. Pilih cincin yang indah
Cincin juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam hubungan ppercintaan. Cincin melambangkan ungkapan cinta jika diberikan oleh seseorang yang sangat istimewa dalam hidup. Terdapat pelbagai jenis cincin dan anda harus bijak memilih cincin yang sesuai dengan pasangan. Persembahkan cincin tersebut kepada pasangan anda sambil menyampaikan maksud hati yang tersirat.

4.Mainan kata-kata indah dan puitis. 
Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh mencipta satu sajak atau puisi yang puitis untuk dipersembahkan kepasa pasangan anda. Tidak ada salahnya menghasilkan sendiri kata-kata indah dan puitis untuk menyatakan maksud dan tujuan asal anda untuk melamarnya. Seorang wanita tentu akan merasa dihargai dengan kata-kata pujian dan akan merasa diri mereka dicintai dengan sepenuh hati.

5. Berjumpa ' bakal keluarga mertua'
Sebagai seorang lelaki, anda harus memiliki keberanian untuk bertemu dengan keluarga pasangan anda. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin menjadikan anak mereka permaisuri di hati anda. Keberanian tersebut boleh membuatkan keluarga pasangan anda percaya dan yakin bahawa anda mampu menjaga anak mereka dengan baik nanti.


sumber: ( Pesona Pengantin, Ogos 2010 oleh Noreena Zolkeplee)

No comments:

Post a Comment