Perkongsian info tentang Cenderamata, Hadiah, Kad Kahwin, Wedding Planner, Photography, Make Up, Kanopi, Katering,Coklat, Pelamin, Hantaran, Kek Perkahwinan, Honeymoon, Majalah Perkahwinan dsb.
10 Cara agar teman lelaki cepat meminang anda
Semua pasangan yang bercinta pasti ingin cepat melangsungkan perkahwinan sebagai bukti cinta nan suci. Namun banyak alasan yang sering diberi oleh teman lelaki anda. Pasti ada yang mengatakan mereka belu bersedia untuk masuk meminang atas alasan kewangan tidak kukuh, belum bersedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul, takut hubungan tidak direstui dan 1001 alasan yang lain. Perkara ini mungkin menyebabkan anda ras kecewa dan merasakan anda kurang dihargai. Mungkin setelah bercinta selama bertahun-tahun, teman lelaki anda masih belum menyatakan hasrat untuk menjadikan anda permaisuri hidupnya. Hal ini mungkin berlaku kerana teman lelaki anda itu tidak mahu tergesa-gesa. Terdapat beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan agar teman lelaki anda merasakan perkahwinan anda dan dia perlu disegerakan secepat mungkin. Yang penting melakukan strategi ini dengan bijak...
1. Berikan kesedaran kepada teman lelaki anda yang anda amat berminat dan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Beri ' clue' yang penting dan dapat menyokong yang anda sudah bersedia untuk mengharungi hidup berumahtangga dengan tindakan anda yang matang, bijaksana dan meyakinkan. Sikap ataupun minat anda untuk hidup bersama dengan teman lelaki anda itu perlu ditunjukkan dengan jujur dan berterusan.
2. Tunjukkan perasaan anda yang telah bersedia untuk menjadi permaisuri hatinya dengan melorongkan minat anda terhadap perkahwinan. Umpamanya anda boleh mencadangkan agar anda dan pasangan mengikuti kursus perkahwinan yang wajib dihadiri oleh semua bakal pengantin ataupun membeli majalah pesona pengantin.
3. Mengucapkan kata-kata cinta sahaja kadang-kadang tidak mencukupi untuk membuktikan cinta anda terhadap pasangan. Anda sepatutnya bekerja keras agar teman lelaki anda berusaha bersungguh-sungguh untuk menyunting anda. Untuk itu, pastikan anda mengambil berat tentang dirinya, menyayanginya sepenuh hati, dan prihatin terhadap kegemaran ataupun keperluannya. Ia bukanlah satu perkara yang sukar. Anda umpamanya boleh mengingatkan perkara-perkara yang menyebabkan hatinya tersentuh. Sesekali anda mungkin boleh menyediakan hidangan untuknya.
4.Lelaki sering bersikap tunggu dan lihat agar dapat dilihat sebagai lelaki yang bersikap ' cool' dan 'macho' sedangkan pada hakikatnya kadang-kadang mereka menunggu peluang datang bergolek. Anda perlu berusaha dengan membantu mencipta peluang agar teman lelaki anda berjumpa keluarga anda dengan menjemput teman lelaki anda berkunjung ke rumah jika ada majlis-majlis keraian seperti hari jadi, hari ibu, hari bapa, dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung membuktikan yang anda serius dengan hubungan percintaan yang sudah terjalin.
5. Jika anda berpeluang untuk bercerita tentang perkahwinan, anda boleh melakukannya sekali sekala. Untuk menggalakkan lagi minatnya dalam dunia perkahwinan, anda mungkin boleh menceritakan plan perancangan anda untuk berkahwin hingga menyebabkan hatinya tersentuh dan lain-lain lagi. Anda boleh bercerita tentang isu-isu perkahwinan yang manis dan menyeronokkan agar teman lelaki anda terdorong untuk melamar anda secepat mungkin. Dan anda berharap agar dapat mengecapi nikmat kebahagian seperti orang lain juga.
6. Antara cara ataupun teknik lain untuk ' menggesa' teman lelaki melamar anda adalah dengan menunjukkan sikap yang anda terlalu meminati dirinya dengan memberi kata-kata pujian yang positif. Nyatakan kepada teman lelaki bahawa anda amat meminati personaliti yang ada pada dirinya dan menyatakan dialah yang terbaik untuk dijadikan calon suami. Jika kata-kata manis anda tidak dapat membantu, anda mungkin boleh meminta bantuan daripada rakan-rakan anda.
7. Meyakinkan teman lelaki anda, bahawa andalah wanita terbaik dan paling sesuai untuk dirinya dan peluang in tidak akan datang selalu.
8. Memberikan sokongan 100% dalam karier yang diceburi oleh pasangan dan bersedia membantu kejayaannnya kerana kejayaan teman lelaki anda, adalah kejayaan anda kerana anda akan berkongsi hidup dengannya nanti. Untuk itu, jadilah teman wanita yang sentiasa berfikiran positif.
9. Stelah berusaha menggunakan pelbagai kaedah yang diberikan di atas, yang penting anda haruslah menunjukkan sikap kesabaran yang tinggi untuk menambat hati teman lelaki. Yang pasti, sikap proaktif anda mungkin membuahkan hasil daripada anda langsung tidak berusaha dan mengharapkan bulan jatuh ke riba.
10. Berusahalah untuk menjadi insan yang memahami isi hati dan perasaanya. Anda seharusnya bersikap jujur, ikhlas dan menerima diri teman lelaki anda seadanya, di samping memberi semangat dan motivasi.
Artikel lain yang menarik:
Artikel: Lamarlah wanita dengan cara yang sempurna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment