Tips memilih pasangan hidup yang terbaik



" Dari mata turun ke hati.."


Ketika mencari calon
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi bakal anak-anak kita, 
Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi bakal anak-anak kita...

Ketika melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/ wali si gadis, 
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua. wali si gadis...

Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan Imam, tetapi di hadapan Allah...

Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana mensia-siakan doa mereka...

Ketika malam pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan anak malaikat...

Selama menempuh hidup bersama
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri

Ketika biduk rumah tangga goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin eratlah berpegang tangan..

Ketika belum memiliki anak
Cintailah isteri dan suami anda 100%

Ketika telah memiliki anak
Jangan berbahagi cinta kepada suami/isteri dan anak-anak anda. Tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan anak-anak anda juga 100%..

Ketika Ekonomi Keluarga Merundum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan ketaatan suami dan isteri.

Ketika ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa waktu-waktu derita..

Ketika anda adalah suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara betanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

Ketika anda adalah isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Ketika mendidik anak
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur dengan anak.

Ketika anak bermasalah
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu 
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang tidak mendengar bicara orang tuanya.

Ketika anda sakit
Cukuplah suami/ isteri  sebagai penawar hati, pengubat jantung yang akan mengubah 
pahit menjadi manis
debu beralih emas
keruh menjadi bening
sakit menjadi sembuh
penjara menjadi telaga
derita menjadi nikmat 
dan kemarahan menjadi nikmat..



Artikel menarik yang lain:

No comments:

Post a Comment