Busana Perkahwinan mengikut tubuh Pengantin

Apabila berbicara tentang busana perkahwinan terutamanya gaun, terlalu banyak sekali rekaan menjadi busana impian bakal-bakal pengantin sehinggakan ramai yang cuba sedaya upaya mengamalkan diet kilat semata-mata ingin menggayakan gaun kegemaran mereka yang sememangnya mempamerkan bentuk tubuh, tidak kurang juga yang sedikit terdedah. Namun demikian, perkara yang wajib dilihat adalah dari segi pemilihan jenis fabrik dan kesesuaiannya dengan potongan tubuh dan personaliti diri anda. Bagi yang memiliki bentuk tubuh kurang sempurna, temukan gaya dan warna yang paling tepat bagi membolehkan anda dilihat begitu sempurna pada hari bahagia anda nanti. Untuk mengenali bentuk tubuh anda, ikuti tip-tip ini. 



Pear
Tubuh berbentuk pear memiliki bentuk tubuh lebih kecil pada bahagian atas berbanding dengan bahagian bawah. Gaun yang tepat untuk pengantin memiliki bentuk tubuh pear ini adalah gaun helter neck dengan tali kecil dan penuh atau separa-penuh ball gaun. Hindari bentuk gaun yang rendah pada bahagian depan dan ketat pada bahagian pinggul atau bentuk gaun lurus. 


Apple
Tubuh berbentuk Apple memiliki bentuk tubuh yang besar pada bahagian atas dan pinggul tetapi tidak memiliki garis pinggang. Cubalah gaun yang lebih menegaskan potongan pinggul dan jauhi gaun yang scoop neck dan berpotongan lurus. 


Inverted Pear
Bentuk tubuh inverted pear adalah bentuk tubuh bertentangan dengan bentuk tubuh pear. Ini bermakna pemiliknya memiliki bentuk tubuh yang lebih besar di bahagian atas berbanding pinggul. Pilihan yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah gaun besar atau kembang di bahagian bawah atau ball skirt gown bagi mengimbangkan bentuk tubuh. 


Hourglass
Bentuk tubuh hourglass memiliki keseimbangan  dari atas kepala sampai kaki. Pengantin yang memiliki bentuk tubuh seperti ini bebas menggayakan apa-apa sahaja yang digemari di hari perkahwinan. 


Sumber artikel: Majalah Pesona Pengantin, Mei 2011

No comments:

Post a Comment