12 Tips Fabrik Busana Perkahwinan

Bagi anda yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga dan tercari-cari fabrik apakah yang menarik untuk digayakan di majlis pertunangan mahu pun pernikahan, anda mungkin memerlukan sedikit maklumat tentang fabrik-fabrik yang sering digunakan untuk tujuan tersebut. Berikut adalah 12 info yang berkaitan dengan fabrik busanan perkahwinan.

  1. Fabrik sutera memberi kesan mahal dan elegan dalam rekaan busana pertunangan dan pernikahan.
  2. Satin adalah antara material yang popular untuk gaun pengantin. Ia memberi kesan kilauan ( glossy) dan juga lembut beralun
  3. Sifon merupakan antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini. Strukturnya yang lembut, ringan dan juga tidak panas. 
  4. Fabrik sifon sesuai dengan pelbagai fesyen baju pengantin namun sering dibuat baju kebaya pendek dan baju kurung moden. 
  5. Bagi mengelakkan kain jenis sifon cepat rosak, sebaik-baiknya ia disimpan di dalam sarung pakaian, kemudian digantung. 
  6. Jika anda memilih kain sifon, anda bolehlah menggunakan pelapik yang bewarna terang bagi menampakkan rekaan busana lebih garang. Sebaliknya jika mahu tampil dengan warna senada dan lembit, pilihlah pelapik yang sama warnanya. 
  7. Tulle merupakan antara fabrik yang sering digunakan untuk layah. Ia biasa digunakan untuk gaun bertema fairytale. 
  8. Bagi pengantin yang bersaiz XXL, fabrik renda yang lembut dapat memperlihatkan tubuh anda kelihatan lebih kecil. Elakkan fabrik yang keras seperti kain songket dan baldu. 
  9. Fabrik sutera yang lembut. ringan dan sejuk membuatkan ia amat selesa dipakai. Antara rekaan yang sesuai untuk fabrik sutera ialah kebaya moden dan baju kurung. 
  10. Walaupun fabrik organza agak keras, ia amat cantikdigayakan dengan hiasan sulaman bagi memperlihatkan kesan lebih eksotik.
  11. Fabrik organza sesuai bagi mereka yang bertubuh langsing dan tinggi. Ia tidak sesuai bagi pengantin yang bertubuh besar. 
  12. Pelapik bagi fabrik organza yang sering digunakan adalah dari jenis satin atau sutera thai.

No comments:

Post a Comment