- Pelamin merupakan singgahsana yang menjadi kewajipan setiap kali majlis menepung tawar dan mempelai mengabdikan foto kenangan di hari bahagia. Jadi buat persiapan dengan menempah pelamin seawal mungkin iaitu 12-6 bulan sebelum tarikh berlangsungnya perkahwinan
- Bertemu dengan perancang perkahwinan atau pergi sendiri ke mana-mana kedai andaman dan membuat pelamin untuk membincangkan konsep dan tema pelamin.
- Pastikan tema warna pelamin tidak sama dengan persalinan yang bakal dipakai bagi mengelakkan pertindihan warna. Contohnya jika pelamin anda berona merah saga lebih baik pilih pakaian dari rona berbeza seperti putih.
- Pilih pelamin yang sesuai dengan dengan tempat yang dipilih untuk mengadakan perkahwinan. Pastikan ruang untuk membuat pelamin tidak terlalu sempit bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan memudahkan ahli keluarga dan para tetamu untuk menepung tawar selain memberi keselesaan kepada pengantin sendiri.
- Jika boleh pilih sudut atau ruang yang terasing dari tempat meja santapan tetamu dan mempelai supaya tidak mengganggu laluan ke pelamin.
- Jika pelamin didekorasikan dengan bunga segar elakkan ia dipasang terlalu awal dan lebih baik jika pelamin dipasang di dewan mahupun rumah untuk mengelakkan bunga cepat layu dan kusam.
- Pilih kerusi pelamin yang selesa untuk diduduki bukan hanya cantik dipandang kerana tempoh untuk pengantin duduk di pelamin semasa hari bahagia agak lama. Jika boleh pilih kerusi yang single iaitu satu pengantin lelaki dan satu pengantin perempuan supaya ia tidak nampak tenggelam apabila anda duduk.
- Pelilihan pelamin juga haruslah tidak terlalu sarat dengan pelbagai hiasan, lebih baik jika ia hanya didekorasikan seringkas mungkin kerana pelamin yang terlalu sarat akan menenggelamkan mempelai di mata para tetamu.
- Bincang dan temukan warna pelamin, pilihlah warna-warna pastel agar pelamin anda nampak eksklusif dan cantik walaupun dengan budget yang kecil. Elakkan memilih warna pelamin yang terlalu terang dan kombinasi dari pelbagai warna, cukup hanya sekadar dua atau tiga warna.
- Sesuaikan aksesori tambahan seperti bunga pahar, set merenjis, bakul dan lain-lain alatan di atas pelamin anda. Jika pelamin berkonsep moden, padankan dengan aksesori moden dan jika pelamin dari konsep tradisional pastikan aksesori sekeliling sesuai dengan pelamin.
- Tentukan saiz pelamin anda, janganlah terlalu kecil kerana ia akan membuat anda dan pasangan kurang selesa nanti.
Sumber: Majalah Pesona Pengantin Ogos 2010
No comments:
Post a Comment