Gambar hiasan sahaja |
Berikut merupakan tip ringkas bagi membantu anda mendapatkan kepuasan sepenuhnya dalam waktu tidur dan juga untuk hari bersejarah anda.
1. Katil
-Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan kamar.
- Bagi ruang kamar yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yan sarat seperti berkerawang dan sebagainya. Sebaliknya rekaan katil yang ringkas lebih sesuai buat bilik dengan keluasan sederhana besar ataupun kecil
- Uji ketahanan kepala katil dan pastikan tidak bergoyang kerana ini menimbulkan rasa tidak selesa pada anda dan pasangan.
-Katil dwifungsi ( Katil sofa) mungkin dapat menjimatkan ruang bilik yang sempit namun ia kurang sesuai buat psangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.
2.Tilam
- Belilah tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam yang diperbuat daripada getah agak mahal harganya tetapi ia memberi keselesaan.
- Kesilapan memilih tilam akan mengakibatkan gangguan tidur. Jadi anda perlu memilih tilam yang benar-benar sesuai untuk anda dan pasangan kerana tubuh setiap kita memerlukan sokongan yang berbeza-beza.
- Sakit belakang atau leher yang berlanjutan sebaik bangun dari tidur mungkin disebabkan kedudukan badan ketika tidur dan ini banyak dipengaruhi keadaan tilam.
3.Cadar
- cadar dari kain jenis kilat memang kelihatan cantik namun disebuah negara yang beriklim panas dan lembab, tidak sesuai untuk tidur dibaluti fabrik yang tidak menyerap peluh, kecualilah anda memiliki penghawa dingin. Namun sebaik-baiknya pilihlah cadar dan sarung bantal dari fabrik kapas.
- Beberapa gred kain kapas telah digunakan dan yang terbaiksetakat ini adalah benang kapas dari Egypt- Giza 45 dan Giza 70. Yang membezakannya adalah tahap keselesaan yang ditawarkan
-Bagi membezakan gred dan merasai keselesaannya, teliti terlebih dahulu jumlah kiraan benang ( thread count) yang dicatatkan. Semakin tinggi jumlah kiraan benang, semakin baik kain itu. Contohnya:
Combed cotton: 300-350/cm sq
Cotton Sateen: 350-450/cm sq
Pure Cotton : 200-280/cm sq
- Bagi mendapatkan lebih keselesaan, fabrik ' Jacquard' boleh digunakan dengan mempunyai kiraan benang sehingga 700/cm sq
4. Bantal
- Pemilihan isian bantal adalah berbeza-beza. Ini termasuklah natural fiber seperti kapas, polyster fiber, microfiber, bulu pelepah angsa, dan pelbagai lagi. Pilihlah yang mendatangkan kepuasan yang paling maksimum. Sebaik-baiknya yang sekurang-kurangnya ketinggian dua inci dari tilam ke tengkuk untuk aliran darah yang betul.
-Bagi memastikan setiap bantal dan tilam anda tahan lama, gunakan ' Pillow dan mattress protector'
( petikan daripada majalah pengantin, ogos 2010, m/s 130 " elemen penting sebelum mendekorasi kamar')
No comments:
Post a Comment