- Pastikan warna alas ataupun dulang sesuai dengan bunga yang dipilih. Untuk pengetahuan alas dulang dan hiasan tidak perlu dari tone yang sama. Jika anda inginkan dekorasi yang menyerlah, pemilihan warna yang kontra amat diperlukan
- Barang hantaran yang dipilih perlu sesuai dengan warna bunga, warna atas dulang, saiz dan bentuk gubahan.
- Cuba elakkan penggunaan ' double tape' dalam gubahan untuk mengelakkan kerosakan barang-barang hantaran
- Gunakan riben yang berdawai di tepi dan bersaiz besar untuk memudahkan pembentukan hiasan.
- JIka anda menggunakan bunga segar, pastikan span basah dibalut dengan plastik nipis.
- Seimbangkan pemberian makanan dan barang-barang. contohnya jika ada sembilan dulang hantaran, tiga hantaran boleh dalam bentuk makanan dan enam dulang lagi dalam bentuk barang-barang yang lain.
- Dekorasi hantaran yang berbentuk makanan hendaklah menggunakan bekas makanan yang tertutup dan elakkan daripada terdedah.
- Bagi memastikan dekorasi hantaran anda sedap dipandang mata, elakkan susunan gubahan yang terlalu tinggi
- Bagi memastikan dekoarasi hantaran anda sempurna, jangan lupa untuk membuang tag harga pada barang-barang untuk orang yang anda sayang
- Perbincangan antara kedua-dua belh pihak amat penting dalam pemilihan dulang hantaran. Pastikan kedua-dua belah pihak menggunakan dulang yang sama tinggi ataupun dulang yang sama rendah.
- Elakkan penggunaan bunga segar sekiranya perjalanan ke majlis pernikahan yang jauh.
Artikel menarik:
5 Fakta tentang hantaran
No comments:
Post a Comment