PERKAHWINAN SM NASARUDDIN SM NASIMUDDIN & MARION ROSE CAUNTER












you want to see more, visit here

Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah



perkahwinan Anne Ngasri

nak tengok lagi? masuk sini syokkahwin.com

Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza masa merisik






Nora Danish Wedding









10 tips menjadi seseorang yang romantis




 10 Tips menjadi seseorang yang romantis

1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas.

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalau kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan kamu menyedari cahaya cinta melalui mata kamu

4. Bercakap secara lembut dengan nada yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi ' soft spoken'

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia berasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kamu membelikan hadiah istimewa buatnya. Biarpun  murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan jemu dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya baju dan seluar dari warna yang sama.

9. Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu akan mencairkan hatinya.


Artikel menarik yang lain:

Artikel: Lamarlah wanita dengan cara yang sempurna

Tip dekorasi kamar

Gambar hiasan sahaja


Berikut merupakan tip ringkas bagi membantu anda mendapatkan kepuasan sepenuhnya dalam waktu tidur dan juga untuk hari bersejarah anda.

1. Katil
-Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan kamar.
- Bagi ruang kamar yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yan sarat seperti berkerawang dan sebagainya. Sebaliknya rekaan katil yang ringkas lebih sesuai buat bilik dengan keluasan sederhana besar ataupun kecil
- Uji ketahanan kepala katil dan pastikan tidak bergoyang kerana ini menimbulkan rasa tidak selesa pada anda dan pasangan.
-Katil dwifungsi ( Katil sofa) mungkin dapat menjimatkan ruang bilik yang sempit namun ia kurang sesuai buat psangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.

2.Tilam
- Belilah tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam yang diperbuat  daripada getah agak mahal harganya tetapi ia memberi keselesaan.
- Kesilapan memilih tilam akan mengakibatkan gangguan tidur. Jadi anda perlu memilih tilam yang benar-benar sesuai untuk anda dan pasangan kerana tubuh setiap kita memerlukan sokongan yang berbeza-beza.
- Sakit belakang atau leher yang berlanjutan sebaik bangun dari tidur mungkin disebabkan kedudukan badan ketika tidur dan ini banyak dipengaruhi keadaan tilam.

3.Cadar
- cadar dari kain jenis kilat memang kelihatan cantik namun disebuah negara yang beriklim panas dan lembab, tidak sesuai untuk tidur dibaluti fabrik yang tidak menyerap peluh, kecualilah anda memiliki penghawa dingin. Namun sebaik-baiknya pilihlah cadar dan sarung bantal dari fabrik kapas.
- Beberapa gred kain kapas telah digunakan dan yang terbaiksetakat ini adalah benang kapas dari Egypt- Giza 45 dan Giza 70. Yang membezakannya adalah tahap keselesaan yang ditawarkan
-Bagi membezakan gred dan merasai keselesaannya, teliti terlebih dahulu jumlah kiraan benang ( thread count) yang dicatatkan. Semakin tinggi jumlah kiraan benang, semakin baik kain itu. Contohnya:
Combed cotton: 300-350/cm sq
Cotton Sateen: 350-450/cm sq
Pure Cotton : 200-280/cm sq

- Bagi mendapatkan lebih keselesaan, fabrik ' Jacquard' boleh digunakan dengan mempunyai kiraan benang sehingga 700/cm sq

4. Bantal
- Pemilihan isian bantal adalah berbeza-beza. Ini termasuklah natural fiber seperti kapas, polyster fiber, microfiber, bulu pelepah angsa, dan pelbagai lagi. Pilihlah yang mendatangkan kepuasan yang paling maksimum. Sebaik-baiknya yang sekurang-kurangnya ketinggian dua inci dari tilam ke tengkuk untuk aliran darah yang betul.
-Bagi memastikan setiap bantal dan tilam anda tahan lama, gunakan ' Pillow dan mattress protector'

( petikan daripada majalah pengantin, ogos 2010, m/s 130 " elemen penting sebelum mendekorasi kamar')

11 tip untuk hantaran sempurna


  1. Pastikan warna alas ataupun dulang sesuai dengan bunga yang dipilih.  Untuk pengetahuan  alas dulang  dan hiasan tidak perlu dari tone yang sama. Jika anda inginkan dekorasi yang menyerlah, pemilihan warna yang kontra amat diperlukan
  2. Barang hantaran yang dipilih perlu sesuai dengan warna bunga, warna atas dulang, saiz dan bentuk gubahan. 
  3. Cuba elakkan penggunaan ' double tape' dalam gubahan untuk mengelakkan kerosakan barang-barang hantaran
  4. Gunakan riben yang berdawai di tepi dan bersaiz besar untuk memudahkan pembentukan hiasan.
  5. JIka anda menggunakan bunga segar, pastikan span basah dibalut dengan plastik nipis.
  6. Seimbangkan pemberian makanan dan barang-barang. contohnya jika ada sembilan dulang hantaran, tiga hantaran boleh dalam bentuk makanan dan enam dulang lagi dalam bentuk barang-barang yang lain. 
  7. Dekorasi hantaran yang berbentuk makanan hendaklah menggunakan bekas makanan yang tertutup  dan elakkan daripada terdedah.
  8. Bagi memastikan dekorasi hantaran anda sedap dipandang mata, elakkan susunan gubahan yang terlalu tinggi
  9. Bagi memastikan dekoarasi hantaran anda sempurna, jangan lupa untuk membuang tag harga pada barang-barang  untuk orang yang anda sayang
  10. Perbincangan antara kedua-dua belh pihak amat penting dalam pemilihan dulang hantaran. Pastikan kedua-dua belah pihak menggunakan dulang yang sama tinggi ataupun dulang yang sama rendah.
  11. Elakkan penggunaan bunga segar sekiranya perjalanan ke majlis pernikahan yang jauh. 


Artikel menarik:

5 Fakta tentang hantaran

    5 fakta tentang hantaran

    Gambar Hiasan sahaja


    Gubahan hantaran merupakan pelengkap majlis yang tidak boleh dilupakan. Hantaran yang cantik dan menarik menjadi pilihan bakal pengantin yang sentiasa inginkan sebuah majlis perkahwinan yang meriah dan diingati sepanjang hayat keduanya. Disini antara panduan yang boleh diambil kira apabila saudara/saudari ingin membuat hantaran atau menempahnya dengan seseorang.

    1. Jumlah dulang hantaran yang anda inginkan
    Dalam adat melayu, biasanya hantaran diberikan dalam angka yang ganjil. Hantaran daripada pihak perempuan biasanya lebih banyak daripada pihak lelaki. Contohnya hantaran daripada pihak lelaki adalah tujuh dulang manakala hantaran daripada pihak perempuan pula adalah sembilan dulang. Namun dewasa ini, segalanya sudah terpulang kepada keinginan dan kemampuan anda masing-masing asalkan ianya tidak membebankan kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun segala terpulang kepada anda kerana majlis tersebut adalah majlis perkahwinan anda.

    2. Prihatin terhadap bajet
    Sebagai bakal pengantin seharusnya anda prihatin terhadap bajet yang anda dan pasangan anda ingin 'laburkan'. Mungkin bajetnya akan menjadi lebih besar jika anda menggunakan khidmat orang lain untuk menggubah hantaran. Jika anda menggubah sendiri, usah bazirkan wang dengan membeli pelbagai bahan yang langsung tidak anda gunakan. Jangan membazir dan berbelanjalah dengan berwaspada.

    3. Warna tema pilihan
    Warna tema untuk perkahwinan perlu dipilih lebih awal untuk membantu dan melancarkan tugas anda. Warna lembut cantik untuk dijadikan tema hantaran,namun bagi penggemar rona garang tidak ada salahnya  membuat sedikit kelainan. Gubahan hantaran biasanya akan dibawa ketika majlis persandingan berlangsung. Kombinasi warna juga sentiasa menjadi pilihan pengantin. Kombinasi warna yang cantik mampu menambah seri majlis perkahwinan anda nanti. Yang pasti anda perlu kreatif dalam memilih warna yang sesuai dan olahkannya menjadi cantik dan sempurna.

    4. Dulang hantaran dan alas, sewa, pinjam atau beli?
    Sekiranya anda menggunakan khidmat perancang majlis perkahwinan sudah tentu semua ini termasuk dalam sewaan. Terdapat pelbagai jenis dulang hantaran seperti dulang tembaga, dulang plastik, dulang kayu ataupun dulang besi. Semuanya bergantung kepada jenis gubahan yang ingin digubah. Namun, selain daripada menggunakan alas dulang, bakal pengantin boleh menggunakan alternatif lain bagi menggantikannya. Contohnya pengantin boleh menggunakan bekas kayu bertangkai menggantikan dulang putih yang sudah biasa digunakan untuk meletakkan barang hantaran.

    5. Senaraikan barang yang ingin dibeli
    Membuat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran adalah sangat penting. Ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Antara barangan yang sering dijadikan hantaran adalah seperti sireh junjung, kamera, baju kemeja, jam tangan, buah-buahan, kek dan wangian. Ini adalah sebahagian  daripada barang-barang hantaran yang selalu ' dipersembahkan' kepada pasangan masing-masing mengikut citarasa pengantin. Yang penting setiap barang yang diberi adalah pilihan pengantin dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian nanti.

    (nukilan oleh: NOREENA ZOLKEPLEE, majalah pengantin ogos 2010, m/s 104. Terbitan Karangkraf)