Perkongsian info tentang Cenderamata, Hadiah, Kad Kahwin, Wedding Planner, Photography, Make Up, Kanopi, Katering,Coklat, Pelamin, Hantaran, Kek Perkahwinan, Honeymoon, Majalah Perkahwinan dsb.
The Royal Wedding of Prince William and Kate Middleton
The Royal Wedding Cake 1
The Royal Wedding Cake 2
The Royal Wedding Cake 3
Eight- tiered Cake
more photos
The Royal Wedding Video
The Royal Wedding Photos
Kate Middleton's Wedding Dress
The Royal Wedding Fashion
Princess Diana and Kate Middleton
Hats Galore!...and more photos
Royal Wedding memorabilia and merchandise
The Royal Wedding Mysterious Solved
The Royal Wedding Cake 2
The Royal Wedding Cake 3
Eight- tiered Cake
more photos
The Royal Wedding Video
The Royal Wedding Photos
Kate Middleton's Wedding Dress
The Royal Wedding Fashion
Princess Diana and Kate Middleton
Hats Galore!...and more photos
Royal Wedding memorabilia and merchandise
The Royal Wedding Mysterious Solved
Lamarlah wanita dengan cara sempurna
Menjadi saat yang indah dan manis untuk dikenang takkala pasangan anda dengan sepenuh jiwa melamar anda dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Seorang wanita selalunya mengharapkan seorang lelaki bertutur dengan sopan dan romantis. Apatah lagi saat lelaki ingin melamarnya menjadi seorang isteri. Kata-kata serta tindakan yang mesra selalu dinanti-nantikan oleh wanita. Tetapi adakalanya seorang lelaki tidak terlalu mengerti tentang keinginan wanita dan seringkali mengabaikannya. Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk melamar pasangan anda dengan cara yang paling baik dan dinanti-nantikan.
1. Persiapkan beberapa kuntum bunga
Bunga mawar merah melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta yang begitu mendalam seorang lelaki kepada kekasihnya. Jika anda benar-benar ingin melamar pasangan anda, pilihan yang paling tepat adalah sekuntum bunga mawar merah, sudah pasti dia sudi menerima 'permintaan' anda itu.
2. Candle light Dinner.
Memilih lokasi atau tempat makan yang romantik merupakan satu perkara yang harus anda fikirkan untuk melamar pasangan anda. Pesan makanan dan minuman kegemaran pasangan anda dan biarkan ruang makan diterangi dengan cahaya lilin sahaja. Begitu romantik bukan? Dan ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengeluarkan sebentuk cincin dan terus melamar kekasih anda.
3. Pilih cincin yang indah
Cincin juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam hubungan ppercintaan. Cincin melambangkan ungkapan cinta jika diberikan oleh seseorang yang sangat istimewa dalam hidup. Terdapat pelbagai jenis cincin dan anda harus bijak memilih cincin yang sesuai dengan pasangan. Persembahkan cincin tersebut kepada pasangan anda sambil menyampaikan maksud hati yang tersirat.
4.Mainan kata-kata indah dan puitis.
Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh mencipta satu sajak atau puisi yang puitis untuk dipersembahkan kepasa pasangan anda. Tidak ada salahnya menghasilkan sendiri kata-kata indah dan puitis untuk menyatakan maksud dan tujuan asal anda untuk melamarnya. Seorang wanita tentu akan merasa dihargai dengan kata-kata pujian dan akan merasa diri mereka dicintai dengan sepenuh hati.
5. Berjumpa ' bakal keluarga mertua'
Sebagai seorang lelaki, anda harus memiliki keberanian untuk bertemu dengan keluarga pasangan anda. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin menjadikan anak mereka permaisuri di hati anda. Keberanian tersebut boleh membuatkan keluarga pasangan anda percaya dan yakin bahawa anda mampu menjaga anak mereka dengan baik nanti.
sumber: ( Pesona Pengantin, Ogos 2010 oleh Noreena Zolkeplee)
Make Up / Spa / Andaman / Busana Pengantin
Make Up / SPA / Dandanan Pengantin
Butik / Busana Pengantin
Hadiah dan Cenderamata
Kepelbagaian jenis Hadiah atau cenderamata untuk pelbagai majlis keraian
atau untuk kawan-kawan, tetamu dan juga yang tersayang....
atau untuk kawan-kawan, tetamu dan juga yang tersayang....
| Crystal |
![]() |
| Ceramic Tile |
woven bag ( printing mengikut design anda)
sample 4
berbagai jenis MUG yang boleh dicetak mengikut citarasa anda
SAMPLE 5
T- SHIRT ( SULAM, PRINTING @ HOT PRESS)
semuanya ada di sini :
10 Lokasi Majlis Perkahwinan
![]() |
| Gambar Hiasan shj |
Sealunya kalangan ahli keluarga akan menentukan di manakah tempat untuk anda mengadakan majlis perkahwinan. Ingin sekali kami cetuskan idea untuk anda yang masih mencari tempat untuk untuk majlis bersejarah anda. Antara sepuluh lokasi yang bakal merealisasikan impian perkahwinan anda adalah seperti berikut:
1. Rumah Lama/ Istana Lama
Bagi anda yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan ala tradisional lokasi paling tepat adalah rumah lama atau istana lama yang mempunyai ciri-ciri binaan tradisional. Anda haruslah memastikan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema dan terletak di kawasan yang mudah untuk dikunjungi para jemputan dan yang penting anda perlu meminta kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab. Contohnya penjaga rumah atau jika anda memilih istana lama dapatkan kebenaran dari jabatan sepatutnya untuk mengelak timbul masalah ketika dan semasa majlis. Lebih manis lagi jika majlis di lokasi sebegini digabungkan dengan tema busana tradisional songket dan aksesori zaman dahulu. Ia sekaligus menyerlahkan penampilan raja sehari bagai puteri dan putera zaman bangsawan.
2. Atas bumbung bangunan tinggi
Jika difikirkan logik, mesti ramai yang menganggap idea mengadakan majlis persandingan dan perkahwinan di atas bumbung bangunan tinggi adalah idea gila. Tetapi ia merupakan satu lokasi yang jarang sekali dibuat sebarang bentuk majlis. Jadi apa salahnya jika anda jadikan ia satu kelainan untuk majlis anda. Sebelum membuat keputusan untuk mengdapakn majlis di tempat tinggi, anda harus memikirkan beberapa perkara antaranya risiko keselamatan para tetamu, berapa jumlah jemputan kerana lokasi ini sememangnya agak terhad kawasannya. Jadi fikirkan keselesaan para tamu yang hadir.
Tema majlis juga salah satu agenda penting yang perlukan persediaan awal kerana lokasi yang tinggi memerlukan perancangan yang teliti. Persediaan hidangan makanan tidak kurangnya jika ia merupakan lokasi pilihan anda.
Waktu dan masa majlis berlangsung juga perlu dirancang awal kerana keadaan cuaca merupakan faktor penting untuk kelancaran majlis anda. Kami sarankan majlis ini diadakan petang di kala matahari tidak terlalu terik. Persalinan yang ingin dipakai juga perlulah bersesuaian dengan lokasi yang dipilih, ia haruslah ringkas dan selesa. Selain itu, insuran dan langkah mengupah ( RELA) dan PBSM untuk sebarang bantuan kecemasan juga perlu.
3. Kawasan air terjun/ kaki gunung
Kawasan pergunungan atau kawasan rekreasi air terjun menjadi tempat paling indah jika dijadikan lokasi majlis perkahwinan. Biasanya lokasi sebegini terletak jauh dari kesibukan kota dan telinga anda pasti dibisik dengan kicauan burung, unggas hutan dan juga deruan air terjun yang begitu mempesonakan.
Kawasan ini biasanya terletak di bawah jagaan Jabatan Hutan dan juga Majlis Daerah jika anda mahukan kelainan pastikan anda mendapat kelulusan untuk membuat persiapan majlis di tempat berkenaan.
Majlis perkahwinan luar biasa umpamanya di dalam air, perlu mendapatkan pakar dalam bidang berkenaan kerana bukan semua perunding perkahwinan mempunyai kelayakan sesuai. Aspek keselamatan dan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana membabitkan nyawa.
Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan di lokasi perkelahan air terjun seperti surau, tandas awam dan pondok rehat. Jadi mudahlah bagi anda dan para tamu. Lokasi rekreasi air terjun di Malaysia merupakan lokasi yang mudah di dapati dari utara hingga ke selatan dan pantai Timur jadi tepuk dada tanya selera.
4. Lapangan Terbang
Panorama sekitar kawasan lapangan terbang di waktu malam pastinya menjadi lokasi terindah jika dijadikan tempat mempelai mengadakan majlis perkahwinan. Selain lokasi yang menarik dan indah, ia juga bakal menjadi majlis yang paling bersejarah kerana lapangan terbang merupakan lokasi yang jarang sekali diadakan majlis perkahwinan. Jika ada pun hanya sebagai lokasi mengabdikan foto perkahwinan.
Di negara ini terdapat banyak lapangan terbang antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa, Lapangan Terbang Tambang Murah, Lapangan Trebang milik TLDM, TUDM, ATM, dan banyak lagi. Untuk membuat persiapan perkahwinan di lokasi ini banyak cabaran dan juga perancangan awal yang perlu diambil kira seperti memohon kelulusan pihak berwajib.
Persalinan yang bakal dikenakan pada majlis itu, menu santapan untuk mempelai dari jumlah tamu, jumlah kanopi, lokasi majlis sama ada di perkarangan lapangan terbang, balai berlepas ataupun padang berdekatan pesawat ( kawasan yang dibenarkan), antara perkara yang perlu dititikberatkan. Jumlah jemputan yang mahu dundang juga harus diambil kira kerana tidak semua lapangan terbang membenarkan kemasukkan orang awam yang terlalu ramai kerana aspek keselamatan amatlah penting.
5. Di tepi pantai
Lokasi pelancongan seperti pulau dan pesisiran pantai pastinya sebuah lokasi istirehat bagi masyarakat umum negara ini. Tetapi iia jarang sekali dijadikan lokasi majlis resepsi perkahwinan. Bagaimanapun kepada pasangan yang inginkan majlis perkahwinan di pesisir pantai terbuka Malaysia, anda boleh menterjemahkan kepada perkahwinan ala inggeris bersaksikan keindahan deruan ombak yang menghempaskan pantai.
Di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terdapat lebih lima puluh destinasi pulau dan pantai yang indah untuk dijadikan lokasi perkahwinan. Antara pantai dan pulau yang cantik ialah Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Besar, Mersing, Pulau Manukan Sabah, Pantai Cahaya Bulan Kelantan, pantai Merdeka Kedah, dan banyak lagi destinasi yang menarik sesuai dijadikan lokasi majlis bersejarah anda.
Bagi menganjurkan majlis yang boleh dihadiri oleh seramai 200 hingga 500 orang tetamu, pengantin boleh maraikannya dengan mengambil pakej perkahwinan yang beserta kanopi berhias agar majlis anda menjadi sebuah majlis resepsi yang hebat. Jika anda mahukan lokasi pulau yang mempunyai resort atau hotel untuk dijadikan majlis, elok kiranya anda membuat tempahan awal terutamanya pada musim cuti sekolah.
6. Abadikan Cinta di atas kapal
Saat yang paling dinanti oleh semua jemputan adalah saat mempelai diraikan tika duduk bersanding di atas pelamin. Lokasi majlis persandingan dan perkahwinan antara anda dan teman-teman pastinya berbeza-beza. Untuk mewujudkan kelainan buat satu kejutan dengan memilih majlis ala bangsawan yan direalisasikan di atas kapal lama. Lokasi sebegini pastinya susah dan mencabar untk dicari tetapi apa salahnya jika anda berusaha untuk hari bahagia anda. Terdapat beberapa kapal besar lama yang telah dijadikan tempat bersejarah untuk dilawati di negara ini, antaranya di Melaka dan Langkawi. Anda haruslah mendapatkan lesen atau kebenaran untuk menjadikan lokasi tersebut sebagai lokasi perkahwinan dengan memilih tarikh yang muktamad agar pihak yang bertanggungjawab mempertimbangkannya.
Terdapat beberapa tempat menarik di dalam kapal yang boleh anda jadikan latar belakang mengabdikan foto perkahwinan seperti di kabin kapten dan tempat duduk penumpang. Busana ala pahlawan lama seperti songket amat sesuai sekali dikenakan semasa majlis persandingan di lokasi ini. Majlis resepsi di kapal lama lebih dramatik jika diadakan sekitar waktu petang hingga matahari terbenam kerana suasana panorama indah tika matahari terbenam menjadi saksi majlis anda.
7. Bersaksikan sawah padi yang terbentang luas.
Bagi masyarakat kampung yang tinggal di utara mahupun selatan tanah air, lokasi perkahwinan di kawasan sawah padi yang terbentang luas mungkin bukan lagi menjadi lokasi pilihan. Tetapi sawah padi yang menghijau dengan udara segar dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pasti menggamit memori terindah untuk mempelai yang meraikan majlis perkahwinan mereka di lokasi ini.
Jika anda pernah ke kawasan yang terletak di sekitar hulu selangor, kedah, perak dan perlis tidak sukar untuk anda mendapatkan kebenaran mengadakan majlis perkahwinan di lokasi ini. Kebanyakan kawasan saawah padi adalah milik persendirian, jadi bawalah berbincang dengan ketua kampung, pemilik sawah dan pemilik kawasan sekitarnya jika anda bukan penduduk tempatan. Biasanya kawasan sekitar sawah mempunyai batas atau jalan yang agak lebar. Ia sesuai untuk didirikan khemah atau kanopi majlis perkahwinan.
Jika anda berhasrat mengdakan majlis di lokasi ini, terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan di kampung-kampung oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti Homestay yang lengkap dengan pelbagai aktiviti masyarakat setempat. Lebih manis majlis perkahwinan anda dibuat secara bergotong-royong seperti masak beramai-ramai dan menggunakan khidmat masyarakat setempat sebagai rewang pastinya ia digamatkan lagi dengan gelak ketawa. Bagi lokasi ini, menu masakan lauk pauk kampung bersama nasi minyak amat sesuai.
Majlis perkahwinan anda akan tambah meriah jika mempelai memilih tema yang sederhana dan diarak pula dengan kereta lembu melalui batas sawah untuk ke lokasi majlis. Paluan kompang dan arakan kanak-kanak menambahkan lagi keriuhan majlis perkahwinan di kawasan sawah padi yang menghijau pastinya menjadi kenangan manis dalam hidup anda.
8. Taman rama-rama & Taman Burung
Merancang dan membuat majlis perkahwinan bertemakan majlis dalam taman di dewan mahupun di rumah sudah pasti memerlukan bajet yang agak mahal sekitar RM 25,000 kerana rias deko menggunakan bunga segar dan segala peralatan yang berkaitan untuk menimbulkan mood majlis di ( dalam taman). Tema ' GARDEN WEDDING' juga boleh divariasikan dengan mengadakan majlis dengan konsep yang sama tetapi berorientasikan alam semulajadi di taman rama-rama dan taman burung.
Jika majlis perkahwinan anda dijayakan di lokasi seperti ini sudah tentu persekitaran semulajdi tidak perlu dibuat-buat kerana kawasan taman yang menghijau dengan kicauan burung sudah pasti melengkapi majlis itu. Tema inggeris dan persalinan gaun serba putih menjadi pelengkap majlis dalam taman yang anda idamkan. Lokasi taman rama-rama dan taman burung merupakan lokasi milik Jabatan Perhilitan, Majlis Daerah, Kerajaan Negeri, dan juga orang perseorangan. Jika anda mahukan ia menjadi lokasi majlis perkahwinan anda, jangan lupa buat permohonan terlebih dahulu.
9. Sejarah Perkahwinan di Muzium
Di Malaysia terdpat pelbagai muzium antaranya Muzium Negara, Muzium Telekom, Muzium Padidan sebagainya. Muzium terletak di bawah seliaan dan jagaan Jabatan Muzium Malaysia dan merupakan tempat yang menyimpan pelbagai khazanah lampau negara. Jika anda inginkan kelainan, apa kata jadikan perkarangan muzium sebagai lokasi maklis resepsi anda. Selain dapat meraikan tetamu, ia sekaligus memberi peluang kepada para tamu yang hadir melawat muzium yang penuh dengan sejarah negara. Bukan sahaja majlis anda meriah tetapi ahli keluarga juga pasti teruja apabila foto perkahwinan yang diabadikan di segenap muzium dapat menjadi kenangan di masa akan datang untuk tatapan anak cucu.
10. Taman Tema
Bagi anda yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, jadikan taman tema sebagai lokasi majlis perkahwinan. Majlis di dewan hotel bagi yang bercita rasa tinggi sudah terlalu sinonim kerana ramai yang memilih lokasi sebegitu.
Taman Tema yang penuh dengan warna -warni sudah pasti menjadikan majlis perkahwinan ala Romeo dan Juliet meriah dan gilang -gemilang. Persalinan dn tema yang dipilih untuk majlis di taman tema pastikan yang bersesuaian dan agak ringkas kerana bukan sahaja anda tetapi para tamu juga pasti teruja dengan suasana majlis di sini. Selain persalinan, menu santapan juga bukanlah nasi dan lauk pauk yang begitu meriah, tetapi cukup sekadar makanan yang tidak terlalu berat. Pelbagai urusan dan perancangan perlu dibincangkan dengan teliti.
Jadi, pilihlah lokasi terbaik dan sesuai untuk tema perkahwinan dan jadikan majlis anda satu kenangan indah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
sumber petikan: Majalah Pesona Pengantin (Wan Hairunnisa Wan Mohd Rozi)
Artikel lain:
Artikel: Cenderahati ringkas untuk majlis pertunangan
Artikel: Pemilihan Persalinan Istimewa
Artikel: Pelamin Impian
Artikel: Lamarlah wanita dengan cara yang sempurna
Cenderahati Ringkas untuk majlis pertunangan
Perlukah cenderahati buat tetamu di majlis seringkas majlis pertunangan? Sebenarnya terpulang pada diri dan bajet anda. Zaman dahulu cenderahati hanya difokuskan kepada majlis perkahwinan, namun kini zaman telah berubah dan cara hidup juga sudah berbeza. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah untuk anda memperuntukkan sedikit wang ke arah itu. Sekurang-kurangnya, ia dapat mewakili tanda terima kasih anda buat mereka yang turut berkongsi kegembiraan dengan anda. Tambah lagi, jumlah tetamu majlis pertunangan masih terkawal dan tidaklah begitu ramai.
Cenderahati Ringkas
Menyentuh tentang pemilihan cenderahati untuk majlis pertunangan, ia tidak semestinya mahal kerana tetamu akan menghargai apa-apa sahaja bentuk pemberian. Mungkin dalam bentuk makanan yang dibungkus kreatif dan menarik dalam kain organza/net dan sebagainya. Telur bukan menjadi pilihan di majlis seringkas ini namun makanan-makanan manis dijadikan pengganti.
Dari segi bungkusan, cukup sekadar sesuatu yang ringkas dan murah walaupun yang berkonsepkan pakai-buang, berbeza dengan majlis perkahwinan yang memerlukan pemberian yang lebih menarik, berharga, boleh di guna pakai atau sekurang-kurangnya yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan seperti lilin perhiasan, bingkai gambar kecil, dan seramik.
Walau bagaimanapun, jika harga cenderahati boleh didapati pada harga kurang dari RM1 dan anda mempunyai bajet untuk itu, mungkin ia juga sesuai buat para tetamu anda. Dengan bekas unik dan cantik, anda boleh mengisikannya dengan gula-gula, potpuri. dan lain-lain. Di pasaran sekarang, terdapat banyak kotak-kotak cenderahati yang unik dan cantik yang boleh diberikan sewaktu majlis pertunangan anda..di antaranya boleh tengok kat sini
![]() |
| Klik kat sini |
Artikel: 10 lokasi majlis perkahwinan anda
Artikel: 10 tip romantis
Subscribe to:
Comments (Atom)




































