Kamera-kamera sistem terhebat di masa ini




Kamera DSLR, KAMERA Micro Four- Thirds, kamera Four-Thirds, kamera SuperCompact. Itulah nama-nama panggilan genre-genre kamera yang berasa di pasaran sekarang ni. Genre-genre ini menyediakan pilihan kepada para pengguna kamera sama ada mahu menggunakan kamera DSLR penuh atau kamera SuperCompact yang mana kamera kompak dengan lensa boleh tukar. Berikut adalah beberapa kamera yang boleh anda miliki bagi anda yang berminat dengan kamera-kamera sistem.


Canon PowerShot G12 






  • PowerShot G12 kamera digital kompak canggih menawarkan kebebasan kreativiti dan fungsi manual DSLR dengan sistem HS CANON. PowerShot  G12 menggunakan pemproses Canon DIGIC 4 dengan sensor berkualiti iaitu 10 MP menghasilkan gambar yang menakjubkan, dengan gangguan yang diminimalkan dan warna yang cemerlang. Selain fleksibiliti Manual Penuh dan Semiautomatik Keutamaan Aperture priority ( AV), PowerShot  G12 juga mempunyai ciri-ciri miniatur dan mod mata ikan untuk mereka yang inginkan gambar yang kreatif. Ciri-ciri penting yang lain adalah julat ISO yang tinggi dan mempunyai skrin 2.8 inci Variangle PureColor II VA ( TFT).




Canon PowerShot S95

  • PowerShot S95 boleh merakam video HD dengan sistem HS yang menghasilkan imej definisi tinggi dengan lensa F2.0, 10MP CCD, lensa zoom 3.8x dan fungsi makro Hibrid IS PowerShot S95. S95 didatangkan  dengan skrin LCD Purecolor II G 3.0 inci. Penjejak AF PowerShot S95 membolehkan ia menjejak kepada subjek bergerak bagi merakam imej semasa bergerak dengan mudah. Dengan memusingkan Control Ring di hadapan kamera, pengguna boleh menukar tetapan seperti nisbah aspekm kontras dan kelajuan ISO untuk kawalan yang lebih baik dan pantas. Ia juga mempunyai mod HDR bagi rakaman imej HDR yang merakam imej pemandangan dalam hasil yang terbaik. 



Nikon D3100

Nikon D3100

  • Nikon D3100 dengan lensa AF-S DX NIKKOR 18-55mm F/ 3.5- 5.6G VR yang dilengkapi  dengan mod Guide. D3100 menggunakan sensor imej 14.2 juta CMOS FORMAT-DX baru oleh Nikon dan pemproses imej baru. Exceed 2. Mod Guide untuk D3100 telah ditingkatkan dengan beberapa pilihan dan fungsi paparan langsung pada skrin. Fungsi D-Movie merakam video dalam HD pada 1920 x 1080 ( HD 24p) dan mod fokus AF-F bagi memudahkan rakam video tanpa menekan bebutang pelepas shutter. D3100 menyokong sehingga ISO 3200 dan tambahan hingga ke Hi 2 ( hampir ISO 12800). Ia juga dilengkapi dengan fungsi pemilih auto pemandangan yang akan memilih tetapan rakaman imej. Kad storan yang digunakan adalah SD/ SDHC/SDXC dan perisian ViewNX 2 disertakan. 





Canon PowerShot SX30 IS

Canon PowerShot Sx30 IS
  • Lengkap dengan lensa zoom optikal 35x yang hebat. ia merupakan kamera kompak digital pertama bersama lensa telefoto sudut lebar dengan jarak zoom adalah dari 24mm hingga 840mm. PowerShot SX30 IS juga menawarkan fungsi zoom Framing Assist iaitu gabungan zoom kelajuan tinggi dan AF kelajuan tinggi. PowerShot SX30 IS menawarkan ciri smart Auto Mode atau ciri 28 pemadangan untuk imej yang baik. SX30 mempunyai ciri optical Image Stabilizer bersama CCD 14.1 MP dan LCD 2.7 inci. Ia merakam video dalam HD dengan kesan meniatur dan bantuan zoom bingkai. Ia merakam sehingga maksimum 4320 x 3240 pixel dan video hingga 1280 x 720 pada 30 fps. Ia mempunyai AV Out ( PAL / NTSC) dengan storan SD, SDHC, SDXC, MMC, MMCPlus atau HCMMCplus 





Nikon Coolpix P7000

  • Coolpix P 7000 menawarkan 10.1 MP, Lensa Nikkor 7.1 x zoom optikal pada 28mm dengan CCD RGB. Ia menggunakan pemproses imej EXPEED C2 yang merakam imej resolusi tingi bersama beberapa fungsi seperti Zoom Memory dan paparan Tone Level information. Satu lagi ciri yang boleh mengurang gangguan gambar iaitu Long exposure NR terutama untuk rakaman pada waktu malam. Rakaman video HD 720p dan rakaman imej pada ISO 100-3200 dalam RAW dan NRW+JPEG. Disertakan dengan skrin LCD 3.0 inci 921K. Terdapat 4 mod kawalan tetap dan mod bentuk sendiri. Ia juga mempunyai keupayaan kawalan jauh (IR) untuk alat kawalan jauh ML-L3.





Sony NEX-5


  • Sony NEX- 5 adalah kamera berlensa tanpa cerminboleh ubah atau MILC paling ringan di pasaran. Ia boleh mengunakan pengesanan  imej APS bersaiz DSLR. NEX-5 menggunakan siri lensa NEX yang baru yang diambil daripada teknologi kamera DSLR Sony dan ditambah dengan kemudahan kamera kompak. NEX-5 mempunyai 14MP, Sistem lensa E-Mount, sistem Af 25 titik, LCD 3 inci, HDR auto dan pengurangan gangguan imej. Ia boleh merakam video 1080p AVHD dan MP4 HD pada 60 atau 30p disamping 80 tipnasihat pakar rakaman untuk mendapatkan rakaman imej yang terbaik.




Sumber artikel dari Majalah PC, Mei 2011

No comments:

Post a Comment