Pemilihan berlian perkahwinan




Pengetahuan tentang 4C

SEBUTIR berlian dengan kilauan seri warna dan cahayanya pasti menggoda setiap jiwa. Terhasil daripada proses semulajadi jauh di dalam kerak bumi berbillion tahun lalu, menjadikan setiap satu berbeza dan unik ciptaannya. Kemudian dipotong, digilap dan dihalusi dalam aneka bentuk dan saiz, memberikan anda pelbagai pilihan, bergantung kepada belanjawan anda. Jadi bagaimana cara terbaik memilih dan membeli berlian? Tidaklah sesukar yang disangka. Pertama, anda perlu memahami 4C- karat, kejernihan, warna dan potongan- untuk mengetahui nilai sebenar sebutir berlian. 


Karat
Berat dan saiz juga penting- Berat sebutir berlian dikira menurut karat. Satu karat dibahagikan kepada 100 mata. Jadi berlian 0.75 karat beratnya ialah 75 mata. Semakin besar sebutir berlian, semakin jarang ia ditemui. Berlian yang bermutu tinggi mungkin didapati dalam beraneka bentuk dan saiz. Yang penting, anda harus mencari saiz yang terbaik, sesuai dengan reka bentuk perhiasan yang ingin dibeli. Jika berlian yang dicuba sesuai dengan anda, kemungkinan besar ia adalah pilihan terbaik untuk anda.
Kejernihan
Kejernihan yang mutlak jarang ditemui. Kebanyakkan berlian mengandungi tanda-tanda semulajadi yang seni, menjadikan setiap satunya unik. Walaupun ia tidak mencatatkan keindahan dan ketahanannya, semakin kurang dan kecil tanda-tanda tersebut, semakin kuranglah gangguan kepada tahap lutsinar menjadikan berlian lebih berkilauan.
Warna
Berlian tanpa warna amat jarang ditemui. Berlian boleh didapati dalam beraneka warna semulajadi daripada yang paling jernih tanpa warna- paling jarang ditemui dan paling berharga- hingga coklat kekuningan dengan spektrum berbayang di antaranya. Semakin kurang warna berlian, semakin banyak cahaya yang dapat menembusinya menghasilkan serakan cahaya yang gemilang bak pelangi di permukaan atas berlian. Namun begitu, warna tetap menjadi pilihan individu. Jadi apabila anda memilih berlian, dapatkan yang paling menyentuh kalbu!


Potongan
Potongan yang sempurna menghasilkan sinar yang lebih ceria. Kebanyakan kita merasa keliru di antara potongan dan reka bentuk berlian. Sebenarnya potongan merujuk kepada susunan sudut permukaannya. Apabila berlian dipotong pada nisbah yang seimbang, ia lebih berkesan memantulkan cahaya, menghasilkan kilauan yang lebih bergermerlapan, justeru  lebih tinggi nilainya. Usah bimbang jika anda tidak dapat mengenal pasti potongan yang sempurna. Apabila membuat pilihan, pegang dan angkat ke atas. Lihatlah kilauan cahayanya. Yang pasti, berlian yang dipotong dengan sempurna tetap memancarkan sinar yang gemilang tidak kira bagaimana ia dilekat. Apa yang anda perlu buat ialah memilih perhiasan yang serasi dengan naluri anda. 

No comments:

Post a Comment